Al-Quran dan Ilmu kalam itu Magnet keyakinan
Antara fawaid kuliah تفقه القرآن: Tafsir الجلا لين Maulana Lutfi Muharam حفظه الله semalam ialah tentang adanya perbahasan mengenai nama² Al Quran yang berbeza sepertimana dibahaskan oleh Para Mufassir, kalimah الكتب dan القرآن menunjukkan dua bentuk Penjagaan Allah سبحانه وتعالى tentangnya
Dimana الكتب merujuk kepada Penjagaan Allah سبحانه وتعالى terhadap ayat² yang ditulis dan القرآن pula merujuk kepada Penjagaan Allah سبحانه وتعالى terhadap ayat² yang dibaca tanpa melihat, sepertimana Firman-Nya..
انا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون...
Kemudian kata maulana ada juga dimana Al Quran itu dinamakan sebagai تنزيل dan inilah yang menjadi antara perdebatan hebat para Ulama/Mufassir Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dengan yang lainnya..
1. Kelompok Muktazilah menafikan sifat² Allah yang Qodim berdalilkan maksud تنزيل atau turun ini, kerana mereka mempersoalkan dua keqadiman antara Zat dan Sifat Allah سبحانه وتعالى
2. Kelompok Literalis yang mengithbatkan huruf dan suara bagi Zat Allah سبحانه وتعالى yang akhirnya menatijahkan kontradiksi dan persoalan samada Al Quran yang ditulis dan dihafal itu apakah Qadim atau bukan
Kata Maulana Lufti harus diingat proses pembukuan Al Quran juga melalui fasa² tertentu yang bermula dizaman Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه, dimana ayat² Al Quran yang dihafal telah dikumpulkan didalam mushaf², sehinggalah sedikit demi sedikit diantara mereka ada yang syahid, juga ketidakseragaman penulisan antara satu mushaf dengan lainnya, akhirnya dizaman Sayyidina Uthman رضي الله عنه kesemua mushaf² kecil itu dimusnahkan dan diseragamkan menjadi sebuah kitab yang sempurna sehingga ke hari ini
Kesemua ini menunjukkan proses yang berubah², adanya pergerakan, pengulangan dan perpindahan dari suatu sumber atau kaedah kepada lainnya, begitu juga dengan kalimah turun tersebut, kesemuanya ini mengisyaratkan kepada sesuatu yang baharu bukan Qadim..
3. Dari itu Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah adalah manhaj sederhana yang berada ditengah² diantara kedua²nya, yang membahagikan Kalam Allah سبحانه وتعالى ini kepada dua bahagian..
3.1. Kalam Nafsi yang Qadim (قائم بذاته أو ينفسه), berdiri pada Zat Allah سبحانه وتعالى, tidak bersuara dan berhuruf, Tidak boleh dihitung dan Tiada Berpenghujung, Tiada Permulaan dan Tiada Kesudahan sepertimana kata Imam Abu Hasan Al-Asy'ari رحمه الله..
"Adalah mustahil untuk menghitung sesuatu yang tidak Berpenghujung ( لانهاية) demikian juga mustahil sesuatu yang satu (الوحد) itu terbahagi kerana ia menjadikannya dua benda, Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى telah memberitahu didalam ayat وكل شيء احصيناه فى امام مبين bahawa bilangan berlaku keatas kedua²nya, dan itulah hakikat maksud ayat² semisal ليس كمثله شيء dan ولم يكن له كفوا أحد"
(Imam Abu Hasan Al-Asy'ari رحمه الله didalam kitab رسالة استحسان في الخوض في علم الكلام)
3.2. Kalam Lafzi yang baharu iaitulah sepertimana kata² Imam Al-Bukhari رحمه الله
"Al Quran adalah Kalam Allah bukan makhluk, perbuatan hamba adalah makhluk, imtihan (pemeriksaan aqidah) adalah bid'ah"
Dan didalam kitab beliau خلق أفعل ألعباد beliau mengatakan bahawa "gerakan, suara, perbuatan dan tulisan manusia adalah baharu"
Inilah juga keyaqinan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah sepanjang zaman, dan sama dengan keyaqinan Imam Ahmad Bin Hanbal رحمه الله yang mengatakan Al Quran itu Qadim bukan makhluk sepertimana yang diyaqini oleh Muktazilah, walaupun perincian terhadap semua perkataan² para ulama ini dirincikan bahasannya oleh Imam Abu Hasan Al-Asy'ari رحمه الله setelah itu, kesemuanya ini mengisyaratkan tiada perbezaan yang berlaku diantara kelompok ahli hadith dan para ulama mutakallimin Ahlus Sunnah...
Demikianlah sedikit tulisan saya mengenai Al Quran dan perbahasan² didalamnya..
Tulisan ini berdasarkan catatan tangan saya semasa kuliah online تفقه القرآن oleh Maulana Lutfi Muharam حفظه الله pada 29.4.2020, dan rujukan tambahan pada kitab رسالة استحسان في الخوض في علم الكلام karya Imam Abu Hasan Al-Asy'ari رحمه الله dan buku Takwil Hadith karya Dr Umar Muhammad Noor حفظه الله...
والله أعلم بالصواب...
Komentar
Posting Komentar